top of page

Tip Untuk Memulakan Perniagaan Katering


Perniagaan katering merupakan bidang perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi ketika ini. Pelbagai majlis memerlukan khidmat katering terutamanya majlis perkahwinan.

Bagi anda yang baru sahaja memulakan atau bercadang untuk memulakan perniagaan katering, disini kami sediakan beberapa tip mudah untuk anda menjalankan perniagaan anda.

1) TENTUKAN KATEGORI PELANGGAN YANG MACAM MANA KITA MAHUKAN -pelanganggan yang sentiasa nak harga yang paling murah. -pelanggan yang nak makanan yang sedap dan berbaloi. -pelanggan yang mementingkan rasa yang sedap dan kelihatan mewah. 2) TENTUKAN HARGA DAN PAKEJ -setiap harga haruslah berdasarkan kategori pelanggan yang kita mahukan. Sebagai contoh, harga mampu milik, harga sederhana dan berbaloi, dan harga mewah. 3) FOOD TESTING -membuat food testing adalah salah satu cara untuk kita meyakinkan prospek. Kita boleh mengadakan majlis “food testing” untuk prospek mencuba masaka kita. Mungkin kita boleh jalankan “food testing” sebulan sekali dan pastikan majlis ini konsisten. 4) NETWORKING -kita juga boleh bekerjasama dengan rakan niaga kita dalam bidang yang lebih kurang sama seperti butik perkahwinan, butik juru solek dan sebagainya kerana mereka mempunyai pelanggan yang berkemungkinan memerlukan perkhidmatan katering. 5) EVENT & PROMOSI -kita juga boleh menyertai mana-mana karnival pameran pengantin dan sebagainya kerana kebanyakkan mereka yang hadir sedang mencari perkhidmatan yang terbaik. 6) DAPATKAN TESTIMONI PELANGGAN -dapatkan testimoni pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan katering kita. Ini amat peting untuk kita meyakinkan prospek yang baru.

7) JAGA DATABASE PELANGGAN -jaga dan gunakan database pelanggan dengan sebaiknya. Sebagai contoh, jika hari jadi pelanggan kita hamper tiba, ucapkan selamat hari jadi kepada mereka dan buat tawarkan diskaun perkhidmatan katering anda. 8) BERI PERKHIDMATAN TERBAIK -perkara yang paling penting adalah dengan memberi perkhidmatan terbaik. Cuba elakkan masalah-masalah teknikal seperti gagal menghantar makanan mengikut masa yang ditetapkan kerana ini dapat imej yang negatif terhadap perkhidmatan anda. kami akan kupas dengan lebih mendalam lagi mengenai strategi dan teknik untuk menjadi usahawan katering di dalam satu bengkel iaitu BENGKEL USAHAWAN PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN. untuk maklumat lanjut mengenai bengkel yang akan kami adakan, untuk maklumat lanjut boleh klik disini


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page