top of page

8 Perkara Yang WAJIB Ada Dalam Kad Perkahwinan


Adakah anda seorang usahawan kad jemputan perkahwinan? Jika jawapan anda adalah "YA" maka ketahuiah 8 perkara yang WAJIB ada pada kad perkahwinan pelanggan ada. Dah memang menjadi adat dan budaya kita sbg orang melayu utk memberi kad jemputan perkahwinan sbg pengganti diri. Walaupun ada beribu macam medium sosial media, tetapi kad jemputan WAJIB ada.

Jadi ini adalah satu peluang kita sebagai peniaga kad jemputan perkahwinan untuk menyediakan kad yang terbaik kepada pelanggan kita.

TAPI… anda harus tahu 8 perkara WAJIB yang perlu ada dalam kad jemputan perkahwinan untuk pelanggan anda. 1) NAMA PENGANTIN sebagai usahawan kad penggantin, anda WAJIB ambil perhatian nama pengantin. Pastikan nama di tulis dengan jelas kerana bukan semua yang baca adalah golongan muda. Kadanag-kadang golongan tua atau berumur tidak dapat baca atau tidak faham jika kita menggunakan font yang terlalu “fancy”. Letakkan nama penuh pengantin dan ejaan MESTI betul! Kalau silap satu huruf je, boleh jadi gaduh. Letakkan juga nama panggilan penggantin untuk memudahkan keluarga terdekat mengenali pengantin. 2) NAMA IBU BAPA PENGANTIN Jangan lupa untuk letakkan nama ibu bapa pengantin. Nama ibu bapa pengantin penting kerana bukan sahaja rakan dan kenalan pengantin sahaja dijemput, tetapi rakan dan kenalan ibu bapa juga turut dijemput. Jika salah seorang dari ibu bapa sudah tiada, tulis nama ibu atau bapa yang masih ada. Dan jika kedua-dua sudah tiada, boleh letak nama ibu atau bapa tiri (jika ada) atau wakil pasangan pengantin seperti nama atuk, nenek, saudara atau mana-mana wakil penjaga. 3) PANGKAT PENGANTIN ATAU IBU BAPA PENGANTIN Ini perkara yang selalu ramai usahawan Kad Perkahwinan terlepas pandang. Sila beri perhatian jika pasangan pengantin atau ibu bapa pengantin yang mungkin mempunyai gelaran Dato’, Datin, Tan Sri dan sebagainya. Ini sangat penting supaya mereka tidak berasa rendah diri dan dapat menaikkan semangat mereka. 4) TARIKH DAN MASA MAJLIS ini antara perkara WAJIB yang perlu dicatat didalam kad jemputan perkahwinan. INGAT! Para tetamu akan hadir mengikut tarikh dan masa yang tertulis pada kad jemputan tersebut. Kalau salah walaupun satu nombor sahaja, mungkin bahana menanti! Pastikan tarikh dan masa ditulis dengan jelas dan elakkan menggunakan font yang mengelirukan bakal tetamu.

5) NO TELEFON WAKIL PENGANTIN Letakkan juga no telefon ibu bapa atau wakil pengantin di kad jemputan perkahwinan. Jika boleh, letakkan juga no telefon pengapit atau adik beradik pengantin. No telefon juga penting jika tetamu mengalami sebarang masalah pada sebelum, semasa atau selepas majlis berlangsung. 6) LOKASI MAJLIS BERLANGSUNG Lokasi majlis berlangsung juga SANGAT penting untuk memudahkan tetamu hadir. Ada juga pengantin yang melangsungkan majlis persandingan mereka di kawasan atau dewan selain dari rumah mereka. 7) SUSUN ATUR ACARA MAJLIS ini juga merupakan perkara yang WAJIB diberi perhatian oleh Usahawan Kad Jemputan perkahwinan. Anda perlu “alert” waktu mula, waktu ketibaan pengantin dan waktu akhir majlis berlangsung. Ini penting buat tetamu untuk merancang kehadiran mereka untuk melihat pasangan pegantin bersanding

8) DOA tuliskan doa supaya majlis berjalan dengan lancar dan kebahagiaan pasangan pengantin. LETAKKAN sekali nama pasangan pengantin supaya ramai tetamu yang turut mendoakan kebahagiaan mereka setiap kali membaca kad jemputan perkahwinan pasangan pengantin.

Kami berharap tips ini dapat membantu anda dalam perusahaan Kad Jemputan Perkahwinan

kami akan kupas dengan lebih mendalam lagi mengenai strategi dan teknik untuk menjadi usahawan kad jemputan perkahwinan di dalam satu bengkel iaitu BENGKEL USAHAWAN PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN. untuk maklumat lanjut mengenai bengkel yang akan kami adakan, untuk maklumat lanjut boleh klik disini


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page