top of page

5 Perkara Wajib Dalam Perniagaan Khemah Atau Kanopi Majlis Perkahwinan


Dalam perniagaan servis khemah atau kanopi, anda wajib mengambil berat mengenai 5 perkara asas ini untuk memastikan perniagaan anda teratur dan mampu pergi lebig jauh. 1) MODAL ASAS -dalam apa jua perniagaan sekali pun, tetap ada modal. Jadi, anda boleh memulakan perniagaan ini dengan modal yang rendah terlebih dahulu. Mungkin anda juga boleh mendapatkan khemah @ kanopi terpakai terlebih dahulu sebelum membeli khamah @ kanopi yang baru. 2) PEKERJA -Perniagaan khemah dan kanopi memerlukan tenaga kerja yang banyak. Jadi, dapatkan pekerja yang berkemampuan dari segi fizikal sekurang-kurangnya 4 orang pekerja. Untuk permulaan, anda juga boleh mengambil pekerja sambilan bagi mengurangkan kos permulaan.

3) STOR -Anda juga memerlukan stor untuk menyimpa barang dan peralatan khemah @ kanopi di tempat yang sesuai dan selamat. Anda juga boleh menyimpan dikawasan yang anda mampu. Kita hanya perlu sewa untuk kegunaan menyimpan barang sahaja jadi lokasi stor untuk menyimpan barang juga tidak perlu di kawasan tumpuan orang ramai, kerana kebiasaanya kos sewa di kawasan orang ramai adalah tinggi. 4) LORI -salah satu perkara wajib ada dalam perniagaan khemah @ kanopi adalah penganggkutan. Untuk permulaan, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan menyewa lori untuk menghantar barang. Apabila berkemapuan, barulah anda membeli lori sendiri untuk perniagaan anda. 5) MESIN BASUH -Jika anda menyediakan sewaan alas meja, alas kerusi dan sebagainya, anda juga perlu menyedikan kos untuk membasuh alatan tersebut. Untuk permulaan, anda juga boleh menghantar alatan tersebut ke kedai dobi kerana anda tidak perlu menambah kos untuk membeli mesin basuh.

kami akan kupas dengan lebih mendalam lagi mengenai strategi perniagan khemah atau kanopi di dalam satu bengkel iaitu BENGKEL USAHAWAN PENGURUSAN MAJLIS PERKAHWINAN. . . untuk maklumat lanjut mengenai bengkel yang akan kami adakan, untuk maklumat lanjut boleh klik disini


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page